Bidang perubatan bukanla bidang pilihan sebab aq takut darah , tapi apakah daya takdir telah menetapkan aku untuk sambung belajar dalam bidang ni redha ja la..Bergelar Pelatih Pembantu Perubatan bknla benda yg diimpikan wlaupun dibayar, bayangkan anda dari kelas seni or sastera then tetiba melanjutkan pelajaran dalam bidang sains perubatan mesti shock gila. Tula aq waktu 1st belajar Anatomy Fisiologi yg menawarkan 4 kredit hanya mampu pasrah sebab x paham sepatah pun yg diajar...Dalam hati mmg rasa menyesal tp terpaksa tabahkan hati untuk berhadapan dengan dunia baru.
Prinsip aq bagi past sem 1-3 dulu baru pikir dekan or apa sebab 3 semester yg pertama memang paling bahaya dan 3 semester ni padat dengan teori 7 subjek (sem 2) n 8 subjek ( sem 3) sampai x tersimpan kat medulla oblongata , dah la dengan pertambahan subjek baru untuk setiap sem. Semester 1 kita belajar basic anatomy n fisiologi, sem ni la paling struggle untuk aq sbb nk paham sistem dalam badan , sem ni la aq perlu bertahan untuk ke sem 2. Waktu sem 2 kita akan didedahkan dengan dunia perubatan tapi secara teori, sem ni la belajar ubat (pharmocology) yang paling banyak benda nak hafal, penyakit2 medical n surgery serta kesihatan komuniti.
Bab exam pulak ada 3 exam yg perlu ditempuh dan pass iaitu Peperiksaan Pertengahan Semester(PPS) , OSCE n Peperiksaan Akhir Semester(PAS) . Kalau PPS n PAS macam biasa la exam bertulis, kalau OSCE pulak dia lebih kepada tatacara @ procedur yg perlu kita buat kat pesakit secara individu n dinilai oleh pengajar, Paling best jadi model untuk OSCE , secara automatik kita akan dapat lihat + belajar dengan lebih dekat siap boleh tanya kat lecture cara or procedur yg betul tp kena tunggu habis OSCE la..
![]() |
| HOSPITAL SULTANAH AMINAH (HSA) TEMPAT POSTING SEMESTER 2 |
Kalau bab Pra klinikal @ posting or kami gelar berkerja ni bagi student Pembantu Perubatan untuk sem 1 - 3 adalah lepas final exam selama 2 minggu kat tempat masing2 tapi sebagai pemerhati dan kami dilarang buat sebarang prosedur tapi kalau ko nak buat pandai2 la makesure kena ada staff nurse or pemantau. Contoh semester 1 kat wad medikal dan surgical , Semester 2 di Emergency Department (ED) ni yg paling best sbb berkerja ngn MA n banyak benda kita boleh belajar ,dan semester 3 dekat klinik. Semester 4 - 6 baru kami 100% klinikal @ posting @ kerja beza dengan student nursing. Bagi aq time kat ED la kita dapat belajar sebab MA kat situ sudi nk ajar tp kena la pandai bodek + mesra alam jgn jadi dripstand je kalau x sampai dah keja la macam tu xreti nk buat keja, lagipun untuk dapatkan cross buku log memang kena taw la sedikit sebanyak klau x susah la nak dapat sign cross untuk lulus klinikal. Semua tempat dalam ED (red zone , triage , yellow zone , green zone n secondary triage) aq dah merasa walaupun sebagai pemerhatian. Banyak procedur yang aq belajar dan boleh aku buat sendiri macam ECG , cucuk IM ,amik darah FBC , ABG (walaupun gagal) n siap jadi pembantu makmal untuk buat Urine test utk UPT n UFEME.
Bagi aq xrugi pon aq masuk dalam dunia perubatan ni, banyak benda yang kita dapat pelajari atleast kita dapat manfaatkan kalau ahli keluarga kita sendiri yg mengalami sesuatu penyakit sekurang2nya kita tahu apa nak buat n last parents ko mesty bangga tgk anak dia pakai uniform ala2 doktor..Well aq tahu ramai yg x dapat bezakan MA, STAFF NURSE or DOCTOR , even MA yg rawat kita tetap akan sebut gelaran DR.. Hmmm memang terkilan sebab anda akan rasa x dihargai tapi kita buat sesuatu perkara kena iklas x perlu mengharap apa2 pon dari orang itu la kata pengajar aku.
Harap tahun 2016 akan menjadi tahun yang lebih baik dari sebelumnya dan membawa 1001 manfaat untuk kita semua.






No comments:
Post a Comment