Monday, 28 December 2015

ALL ABOUT 2015

        Tahun 2015 pon dah nak melabuhkan tirai, ni bermakna hampir setahun aku kat tempat orang berjihad menimba ilmu dengan kecekalan menghadapi benda baru dalam hidup, Sapa sangka benda yg paling  x minat suatu ketika dulu akan menjadi sesuatu perkara yg akan menjamin masa depan aku..

      Bidang perubatan bukanla bidang pilihan sebab aq takut darah , tapi apakah daya takdir telah menetapkan aku untuk sambung belajar dalam bidang ni redha ja la..Bergelar Pelatih Pembantu Perubatan bknla benda yg diimpikan wlaupun dibayar, bayangkan anda dari kelas seni or sastera then tetiba melanjutkan pelajaran dalam bidang sains perubatan mesti shock gila. Tula aq waktu 1st belajar Anatomy Fisiologi yg menawarkan 4 kredit hanya mampu pasrah sebab x paham sepatah pun yg diajar...Dalam hati mmg rasa menyesal tp terpaksa tabahkan hati untuk berhadapan dengan dunia baru.

   Prinsip aq bagi past sem 1-3 dulu  baru pikir dekan or apa sebab 3 semester yg pertama memang paling bahaya dan 3 semester ni padat dengan teori 7 subjek (sem 2) n 8 subjek ( sem 3) sampai x tersimpan kat medulla oblongata , dah la dengan pertambahan subjek baru untuk setiap sem. Semester 1 kita belajar basic anatomy n fisiologi, sem ni la  paling struggle untuk aq sbb nk paham sistem dalam badan , sem ni la aq perlu bertahan untuk ke sem 2. Waktu sem 2 kita akan didedahkan dengan dunia perubatan tapi secara teori, sem ni la belajar ubat (pharmocology) yang paling banyak benda nak hafal, penyakit2 medical n surgery serta kesihatan komuniti.

  


















   Bab exam pulak ada 3 exam yg perlu ditempuh dan pass iaitu Peperiksaan Pertengahan Semester(PPS) , OSCE n Peperiksaan Akhir Semester(PAS) . Kalau PPS n PAS macam biasa la exam bertulis, kalau OSCE pulak dia lebih kepada tatacara @ procedur yg perlu kita buat kat pesakit secara individu n dinilai oleh pengajar, Paling best jadi model untuk OSCE , secara automatik kita akan dapat lihat + belajar dengan lebih dekat siap boleh tanya kat lecture cara or procedur yg betul tp kena tunggu habis OSCE la..

HOSPITAL SULTANAH AMINAH (HSA) TEMPAT
POSTING SEMESTER 2
  Kalau bab Pra klinikal @ posting or kami gelar berkerja ni bagi student Pembantu Perubatan untuk sem 1 - 3 adalah lepas final exam selama 2 minggu kat tempat masing2 tapi sebagai pemerhati dan kami dilarang buat sebarang prosedur tapi kalau ko nak buat pandai2 la makesure kena ada staff nurse or pemantau. Contoh semester 1 kat wad medikal dan surgical , Semester 2 di Emergency Department (ED) ni yg paling best sbb berkerja ngn MA n banyak benda kita boleh belajar ,dan semester 3 dekat klinik. Semester 4 - 6 baru kami 100% klinikal @ posting @ kerja beza dengan student nursing.  Bagi aq time kat ED la kita dapat belajar sebab MA kat situ sudi nk ajar tp kena la pandai bodek + mesra alam jgn jadi  dripstand je kalau x sampai dah keja la macam tu xreti nk buat keja, lagipun untuk dapatkan cross buku log memang kena taw la sedikit sebanyak klau x susah la nak dapat sign cross untuk lulus klinikal. Semua tempat dalam ED  (red zone , triage , yellow zone , green zone n secondary triage) aq dah merasa walaupun sebagai pemerhatian. Banyak procedur yang aq belajar dan boleh aku buat sendiri macam  ECG , cucuk IM ,amik darah FBC , ABG (walaupun gagal) n siap jadi pembantu makmal untuk buat Urine test utk UPT n UFEME.  



  Bagi aq xrugi pon aq masuk dalam dunia perubatan ni, banyak benda yang kita dapat pelajari atleast kita dapat manfaatkan kalau ahli keluarga kita sendiri yg mengalami sesuatu penyakit sekurang2nya kita tahu apa nak buat n last parents ko mesty bangga tgk anak dia pakai uniform ala2 doktor..Well aq tahu ramai yg x dapat bezakan MA, STAFF NURSE or DOCTOR , even MA yg rawat kita tetap akan sebut gelaran DR.. Hmmm memang terkilan sebab anda akan rasa x dihargai tapi kita buat sesuatu perkara kena iklas x perlu mengharap apa2 pon dari orang itu la kata pengajar aku.

 
 Harap tahun 2016 akan menjadi tahun yang lebih baik dari sebelumnya dan membawa 1001 manfaat untuk kita semua.
 





INSERT BRANULA
CHECK BP SECARA MANUAL

Thursday, 27 November 2014

#THROWBACK PLKN

     Pengalaman Jadi Pelatih PLKN SYRUZ

  Assalamualaikum Salam sejahtera dan Salam 1 Malaysia
setelah sekian lama menghilang akhir im back with new story..
Kali ni aku nak share pasal pengalaman jadi pelatih PLKN...Ni antara pengalaman aku so jom selami...

  Aku adalah insan yg bertuah sebab dapat join PLKN bagi kump 3 siri 11/2014 kat kem PLKN SYRUZ..
So,bila dpt taw yg aq dpt kump 3 mcm2 bermain dlm minda,semua negatif maklumla ramai cakap kumpulan 3 budak2 yg masuk semua jahat kaki pukul so mmg x excited aq nak.join program ni..

  Time sesi lapor diri kat Kompleks Rakan Muda ,aq  tengok sekeliling kot2 ada budak yg aq kenal tp malang aq sorg je wakil Sri Kurau yg dpt kat SYRUZ time tu..Time dlm bas memang krik2 bas aq tu xde bunyi bising aman nak tido..Bila sampai kat kem Syruz kena turun p daftar lagi..Time ni la kita taw kita dpt kompeni mana n dorm bpe..Aq dpt dorm 1 kompeni ALPHA..Lepas settel daftar pegy la amik selimut cadar sarung bantal pastu g bilik khas utk sportcheck beg,kena la keluarkan barang3 yg dh lipat tu,settel semua baru check in dorm..Dalam dorm xde org so aq pilih katil,layout semua pastu turun ke LOGISTIK utk amik barang yg diorg isu..Dalam 1 beg plastik besar korang sumbatla kasut,bju PT,kelas,loreng,seluar kelas,PT,loreng dlm plastik tu,nasib la aq dlu cashier so blh bajet utk barang2 tu dan barang lain..Malam ada solat hajat,bacaan yassin n ceramah..



  Xtvt harian start pukul 5 pagi..Bangun,solat,PT pagi,makan,kelas,minum pagi,kelas,lunch,solat,xtvt fizikal,minum petang,solat,riadah,dinner,solat,rollcall n supper..sana 6x makan so xpyh risau..
Untuk minggu mula2 ni ada orientasi Kem,Staff,Pengurusan dan Jurulatih..Time ni baru kenal Cik Wamri selaku unit disiplin,baru la kita kenal JL2 drpd setiap kompeni..Bagi JL Alpha mula2 kami tengok mmg la judge mcm2 garang la,mmg takut nak buat hal,tp sebenarnya depa semua sporting tu yg best..Tapi time layout katil diorg dh bg warning jgn cari pasal kalau x nahas la..

 Dalam PLKN ni ada modul2 khas mcm modul fizikal,modul kenegaraan,modul pembinaan Karakter n khidmat komuniti.First xtvt adalah persembahan KKJ oleh setiap kompeni,setiap kompeni akan pembentangkan misi,visi,matlamat dan logo untuk kompeni masing2.Time ni la nak tengok teamwork setiap kompeni,bahagikan task untuk semua pastu buat.Untuk kompeni Alpha kami namakan SKUAD GEMILANG,BRAVO AVENGERS,CHARLIE PERKASA DAN DELTA MAHATHIR..Selain tu,belajar menari utk lagu IM4U dan1 MALAYSIA,sampai sekarang bila dgr lagu tu automatik nak menari..



PERSEMBAHAN KKJ SETIAP KOMPENI

 Modul Fizikal slalunya buat kawad,tali tinggi n rendah,xtvt air,menembak..Semua xtvt tu mmg best lagi2 menembak bukan senang nk pegang M-16.Dalam PLKN je dapat..Nanti bila dh hbs PLKN korang blh share pengalaman menembak ngan nember korang yg x penah pegang M-16 kasi diorg jeles..haha..macam tu la aq buat kat geng2 aq..Macam kawad ni dah slalu mcm biasa la tgh panas kat dataran sukan or kat padang kawad,aq dh biasa time KRS dlu kawad pkl 3 - 5 dgn cikgu fauzi..Ok cikgu fauzi train bdk KRS mcm  tu so bygkan la kalau yg mengajar kita tu tentera semua..bayangkan..tp x teruk sgt pon.

  Kalau kt sekolah ada mentor mentee kat kem pun ada..Dalam group aq mula2 ada 8 org pastu tinggal 5..Disebabkan kump 3 x ramai org so kami kena gabung dgn group lain,mcm mentor aku cikgu Lini kami gabung dgn group cikgu Syam..Group kami paling sikit..xtvt mcm2 buat dlm program tu yg aq igt time xtvt "bangau oh bangau"  ngan "cermin diri".semua xtvt yg dibuat semua ada kaitan ngan diri kita..Contoh cermin diri tu,aq dpt belajar betapa pentingnya diri kita drpd org lain..sebab selama ni kita slalu kisah pasal org lain diri sendiri kadang2 terabai.

  Selain itu,kita akan belajar tentang pertolongan cemas dan cara gunakan peta n kompas..Semua ni korang akan aplikasikan dlm Ex-Wirajaya..Wirajaya ni kira macam final task korang semua benda yg kita bljr sepanjang 3bulan akan kita guna dlm wirajaya..Wirajaya hari tu aq x dpt join secara full la,sbb aq kena balik sehari sebelum wirajaya mula,aq lapor balik time hari ke2 wirajaya so x bnyk.xtvt yg aq dpt join just solat medan n kelapa emas.Btw,expactation aq tntg wirajaya lain coz ingat time malam ada xtvt mcm night walk or burung hantu tp xde..tu yg malangnya kump 3 ni masa singkat mcm benda nak buat..Tapi aq x terkilan sbb semua xtvt tu aq dh penah buat time kem pengawas kat kem Singkir kat kedah tahun lepas so ada la pengalaman..




 TAKLIMAT PENGGUNAAN M-16
 









                                                                                                                                                              SESI BERGAMBAR BERSAMA ANGGOTA TUDM
 

 
KOMPENI ALPHA

xtvt fizikal banyak psiko sikit so.kena.tahan la..

*nak lebih experience korang kena join la..ni baru xtvt fizikal nnti ada smbg dgn xtvt dlm kelas..

Sunday, 23 November 2014

PLKN OH PLKN

    PLKN OH PLKN

    Ingat lagi time 1st surat PLKN sampai kita rasa bebal dan kita cakap "kenapala aku dpt PLKN".
Waktu mula2 sampai kem kita rasa bosan,masa rasa lambat je sesaat kita rasa 1 jam,macam2 persaan ada waktu tu,x bebas,peraturan ketat,ada protokal arrgghhh nk balik..Tapi kita x sedar benda tu yg mengubah kita nnti...

     Bila dah lama2 kita kat kem kita dapat kenal kawan2,staff n jurulatih2.Buat xtvt mcm2,masuk kelas tu,masuk kelas ni,buat tu buat ni baru kita rasa seronok,rasa x nk tinggal saat ni.Time ni la kita rasa masa cpt berlalu dan kita rasa knp cpt sgt masa berlalu dh 3 bulan..x best la,np x buat lama lg..time tu baru kita sedar PLKN bagi impak yg positif dalam hidup kita..waktu tu barula kita hargai kenangan sewaktu menjalani latihan,susah senang bersama tido, makan,solat dan mandi sekali everything we do together..adat la sorg punca semua kena.

    Bila dh kluaq kita akn rindu nak kutip drumpoint utk kompeni,buat xtvt bersama,baru kita sedar betapa pentingnya utk menjaga hubungan sesama kita.time ni kita dh x blh nk pentingkan diri sebab semua kita buat hnya utk naikkan kompeni masing2..

kita akn throwback balik segala memori manis pahit even tawar skali pun pasti tu akn buatkn kita ukirkan senyuman nnti ..skrg just gambar je jd kenangan mcm org ckp biar gmbr berbicara..

#ProudBeAPartOfSyruz


Tuesday, 6 May 2014

TERIMA KASIH CIKGU

Hye guys...

  So results SPM dh pun keluar..Bagaimanakah keputusan anda???ok ke idakkk
result aku boleh tahan la..So,aku nak ucapkan Terima kasih sangat2 kat
semua cikgu SMK SRI KURAU terutamanya yg pernah mengajar aku
daripada tingkatan 1 - 5 terima kasih sangat jasa cikgu semua tak mungkin
dapat dibalas oleh saya.Tanpa jasa dan pengorbanan cikgu2 semua tak mungkin
dapat kecapi kejayaan..

  Sejujurnya aku tak sempat nak ucapkan semua tu kt cikgu aku waktu amik
result tu sebab aku tak de kesempatan untuk jumpa cikgu2 maklumla
terlalu teruja jumpa kawan2 yang dah lama x jumpak + excited dengan
results aku dengan budak kelas aku..

   Waktu amik results aku ngan fahmi dh check melalui SMS tp x dpt apa2
jawapan so keterujaan kami bertambah lagi apabila kami dpt mesej time
aku tengah jumpak cikgu rosma untuk amik results..Fahmi happy giler
dengan result dia..haaha x sangka subjek yg x di target boleh dpt A..

  Kami plan nak jumpak cikgu azman , cikgu juriah n ustazah siti tapi
kami x jumpa pun sebab cikgu xde kat dlm dewan kami just jumpa
cikgu juriah je..Tu pun sekejap je la sebab cikgu juriah ada kelas..
Cikgu juriah sempat lagi bagi nasihat untuk kami waktu so berdrama la
kami time tu..

  Akhir kata,terima kasih banyak2 cikgu atas jasa,dorongan dan pengorbanan cikgu semua
selama saya menjadi pelajar.Walaupun saya pernah membuat cikgu marah cikgu tetap sabar
mengajar..Saya mohon maaf andainya ada melukakan hati dan perasaan cikgu ,halalkan
segala ilmu yang cikgu berikan kepada saya sepanjang saya menjadi pelajar dan doakan perjalanan
saya yer..SELAMAT HARI GURU SEMUA GURU SMK SRI KURAU





  Untuk cikgu Azman terima kasih sebab tolong saya menyiapkan folio seni dan tidak semena2
dengan bantuan cikgu result seni saya menjadi begitu baik..terima kasih sangat

Friday, 3 January 2014

Sahabat + kawan

    Sahabat

Ingin aku singkap kembali
Kenangan lama agar bersemi
Inginku ulangi kisah manis
Agar terus bersemadi

Ingatlah aku sebagai rakanmu
Kenanglah daku dalam doamu
Begitulah indahnya kisah dahulu
Engkau sebagai temanku

lirik ni so meaningful..full lirik just google sahabat by amar

Persahabatan Memang indah tambah lagi dibangku sekolah..kita dapat belajar suka duka pahit manis.. Post kali ni nak story pasal sahabat coz i really appreciate our friendship...

Seriuslly,aq bernasib baik dpt kawan mcm depa ni bkn senang nk dapat kawan macam ni dah..ingat senang ka nk dpt kawan susah senang bersama??slalunya kawan just time senang je time susah dh x nmpk..but them not like that...dengan depa ni "ketawa bersama menangis bersama ku bersumpah harap kita matipun.bersama"

Bila hangout dgn depa ni semua dijaga rapi even solat pun dijaga.. bukan nak menunjuk or what aq rasa tu dh tanggungjawab kami such a friends utk tegur..Depa ni senang ditegur x la melenting sangat bila kena tegur tu..

Gaduh perkara biasa,kejap je pastu ok..plg lma pun 3 hari kot..seriuslly bosan kot kalau kita dah rapat ngan depa tetiba plk depa  masam muka or x tegur rasa janggal la..

Dengan depa ni bila hangout mmg x boring always fun no more stress or what...
tp slalunya bila kmi plan something msty ada problem yg terselit...such money haha..that was big problem...yg surenya apa yg kami plan harus dibuat at eleventh hours coz kalau plan awal mmg xkn jd..so kami buat hari plan esk dh buat apa yg diplan...tu baru la jadi x kira ada duit or x msty jd..

This year punya xtvt x bnyk sgt pon just bbq n hangout...mybe coz we are spm candidates so x blh enjoy kot..emmm...mybe..

Sunday, 29 December 2013

MEMORI 2013


             

   2013 Merupakan tahun yg penuh dgn suka duka..2013  give me 1001 memories and experience bergelar sebagai student buat kali terakhir..tahun ni jgk la secara officialnya aq dh x bergelar sebagai student..bergelar sebagai student mmg best.,kita dapat mengenali n pelajari pelbagai benda dari yg best hingga la yg x best..


 Perkara yg best terjadi kat aku untuk tahun ni ialah apabila team aku 'NATURE HD' menang Tournament Petanque versus dengan budak wakil sekolah yg p main sampai peringkat negeri..13 - 5 x slah aq la..Start drpd tu wan x call solehin 'sayoq' dh aen siap dabik dada lagi apabila jumpa wan..YG bestnya lepas habis tournament tu hubungan kami bertiga lebih rapat as sahabat ..Serius x sangka main petanque mampu mengeratkan wasilah kami bertiga..Aen paling happy bila menang..aq ngan caer main suka-suka je..memang happy la bila tengok aen happy time tu..n yg pastinya wan x dapt terima kenyataan bhwa team dia kalah..

      BALINGAN PALING CUN                                                                TEAM NATURE HD


 Selain itu,tahun ni jadi ala2 fasi untuk budak yg buat paracut..haha..walaupun x tolong banyak mana pun tapi still tolongkan??Tahun ni jugak belajar mewarna batik,walaupun kami x mencanting coz cikgu man yg tlg canting tapi atleast kami dapat kena alat2 mencanting batik..haha..bukan tu saja kami jgk telah menginovasikan produk yg sedia ada menjadi lebih baik..macam2 bentuk n rupa jadinya..but kami still happy walaupun tension bagai..      

     
  Banyak event best tahun ni macam jamuan kelas,jamuan fom 5 n jamuan ngan daddy..
Jamuan kelas mmg gempak coz kelas kami je yg buat pastu siap invite semua cikgu lagi..Jamuan ngan daddy pian ohsem jgk coz dia belanja KFC..haritu laa kami dengar amanat terakhir dia dia ckp kelas kami paling best dlm bnyk2 kelas yg dia mengajar..


















  Tahun 2013 ni jugak bagi aku,tahun yg mencetuskan fenomena and kontroversi antara budak RC n budak SAINS...Aku x taw apa,siapa n bagaimankan boleh berlaku ini semua.Yang aku  ingat ada sorg bdk sains jumpa nizam n tanya knp aq tweet..maybe tu la puncanya kot..nasib la aku kn tweet random..sapa yg kena nasib la..okay aq mengaku mmg aku ada update pasal depa tapi aq x mention kelas depa pun..emm..HELLO bkn aq sorg je yg tweet ramai budak kelas aku yg tweet pasal depa tu...After this kes i learn 'Think B4 update'....Bak kata Ustaz Kazim ' Fitnah sekarang berlaku bukan disebabkan mulut tapi jari'..MORAL OF THIS STORY JANGAN TERASA DENGAN TWEET RANDOM AKU.OKAY..HAHA.....








SO bagi aku jadi students mmg best kita dapat rasai bnyk pengalaman suka duka dengan kawan sekelas n cikgu..

 thanx a lot to semua cikgu2 yg telah sanggup mengajar kelas saya RC walaupun kami selalu buat hal cikgu tetap sabar dlm mendidik kami..

 Dear school,
terima kasih untuk segala memori ada yg suka n ada yg duka,,apa yg penting saya belajar apa itu erti kehidupan...


Friday, 13 December 2013

PLKN





  Firstly,memang excited bila dpt taw aku dapat masuk PLKN..kecoh satu kelas aq nfahmi dapat n most excited when geng2 aq dpt aen,shafiq n aliff tu membuatkan aq lebih excited kot2 la dpt satu tempat ngan depa kan..

  Bila penempatan pelatih dah diannouce Fahmi yg check and dia poost kat fb n tweet..pastu aku check aq x percaya yg aku x dpt pastu aq suruh la fahmi check and dia siap printscreen post kt tweet aq lgi..unfortunately,aq tersasar daripada 1 and tu yg membuatkan keexcitedan aq hilang n aq mengamuk kat tweet..aq igt lagi aq tweet kerajaan mmg mcm tu Fahmi punya la kutuk aku..Fahmi lagi happy kutuk aku coz dia dapat 1st intake ngan solehin dekat tempat yg sama..Solehin agak stress waktu tu sebab kami x dapat sama..of coz la kami BUDDYZZ  aka kawan baik kot mana boleh terpisah..Ajoi,Shafiq n Alip agak happy sebab dapat 2nd intake..aku x taw apa yg best dgn second intake..

1st intake banyak cuti woii..tu yg best.boleh balik selalu..bagi aq 2nd intake mcm dh basi of coz ler kita sebab kita 1st intake dh rasa baru kita rasa..eeeiiiuuu..please la..mmg la senior-senior dulu dh rasa but utk sesi baru kalau boleh nk la jgk rasa dulu sebelum org lain right??

Apa2 pun gud luck guys..kalau dapat kawan baru jgn kami kat sini haha......Kenang daku dalam doa mu